Tuesday, March 12, 2013

Luahan Hati~

Dia..
Mencintai dia adalah satu anugerah terindah dalam hidupku..
 Terimbau kembali saat bagaimana kami bertemu..
Ketika itu, dia dan aku tidak lagi bertegur sapa..
Hanya senyuman yang mampu ku ukirkan..

Dia..
Senyumannya membuatkan hatiku berbunga-bunga..
Dikala dia merenung mataku, hatiku berdebar-debar..
Alangkah bahagianya aku ketika itu..
Membuatku rasa seperti berada di awangan..

Dia..
Pernah berkata "Aku lebih rela melihat dirimu mati dulu sebelumku kerana aku tidak sanggup membiarkanmu keseorangan"
Dia berkata lagi "Aku akan mati selepasmu kerana aku tidak sanggup untuk hidup tanpa dirimu"
Tersentuhnya hatiku ketika dia mengungkapkan kata-kata itu..
Ku hanya mampu memberikan senyuman yang paling manis kepadanya..

Ya Allah..
Ku mohon padamu agar kau jodohkan aku dengan dia..
Janganlah kau pisahkan kami..
Aku sangat menyayangi dirinya..
Semoga kami tetap bersama sehingga ke akhir hayat..
Amin..