Sunday, November 10, 2013

Just me and him.. :)

Assalamualaikum semua..

 finally dapat pon tgok blog.. lama jugak den xjenguk blog nie..fuhhhhhh.. :) Alhamdullilah, sekarang dah pon masuk pertengahan semester 5.. tinggal satu semester sahaja lagi untuk fight! pejam celik pejam celik dah pon hampir 3 tahun aku menjadi penuntut di Universiti Utara Malaysia sebagai pelajar Teknologi Media.. Sepanjang jadi student UUM nie banyak jugak halangan yang aku terima.. tapi aku bersyukur sangat sebab ada kawan-kawan yang sangat supportive.. And yang penting sekali, finally i met someone yang really cared bout me :) 3 November arituh genaplah kitorang setahun berkenalan (dalam erti lain be together).. 

     The way i met him? emmmm..still ingt lagi time tuh sepatutnya aku jadi faci untuk intake baru masuk.. tapi aku balik disebabkan ada masalah sedikit.. so, dia nie one of the new student kat DPP(dewan penginapan pelajar) aku.. a day after Orientation week, aku pon baliklah ke UUM.. Ramai lah kawan-kawan aku nie dok sibuk-sibuk nyebut nama dia. aku pon mencarilah.. last-last, haaaaa, tudiaaa.. nmpak sudaaa,. huhu.. aku jumpe die kat lorong trun bukit DPP Petronas yang ngala ke cafe.. and know what? aku n umi(my friend) buat muka ngejek kononnya menangis.. haha.. very funny that time.. and die mcam ala ala jual mahal lahh.. huhuuu.. kawan-kawan dia yang negor kitorang dulu.. Kitorang start berbual dengan kawan-kawan dia dulu.. dia sangat pendiam time mula-mula aku kenal dulu.. now? haha.. mmg tidaklahh.. dia lahh yang paling huhahuha.. Until now, he still the same person that i know.. even after one year.. huaaaa.. *melting*  bila tengok si dia.. kalau nak tahu, lagu-lagu yang tengah main time korang baca blog nie, kebanyakannya lagu-lagu yang dia bagi kat aku.. Sweetkan? :P everytime i miss him,i will listen to this songs.. and setiap kali dengar suara atau nengok muka dia, terus buat aku tersenyum sorang-sorang.. *angau letuwwww* haha.. gile kan? tapi kalau fikir balik memang cinta nie kadang- kadang buat kiter gilee..





YANG PENTING SEKALI, WE LOVE CHELSEA <3 

Sunday, July 7, 2013

Starting to miss them :'(



Assalamualaikum semua..

Lama dah rasanya tak update blog.. Busy dengan final exam.. Tapi alhamdullilah, exam dah pun tamat and now its time to enjoy my holiday.. hehe.. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun dah jadi student UUM.. it means that cuma tnggal another 1 year then trus praktikal.. wahhhh!! *tak sabar*.. sekejap je kann?? huhu..emmm.. sepanjang semester 4 sebagai student UUM nie, agak banyak jugak aktiviti yang dah dilakukan bersama rakan-rakan tersayang!! ^_^ starting semester kami dah menjelajah ke PERAK beramai-ramai.. Seronok gilee.. And guess what, urrgghhhhH.. I started to miss them all :'(  *huwaaaaaa* .. Kan best kalau kami-kami ni tinggal berdekatan. boleh lah jumpa and hang out sama-sama.. Tapi tak mengapa, sekarang teknologi dah moden..hukhuk.. Ade FACEBOOK, TWITTER, SKYPE, WHATSAPPS, WECHAT, VIBER, LINE and the latest one is KAKAO TALK.. Walaupun jauh dari mereka but still rasa dekat bila dah guna benda canggih camni.. hehe :)

So, here's some pictures of us sepanjang semester 4 (:


Tasik Jitra Lovers<3


Its Ika, Me and Umi :)
They're Lover :) -Umi&Daus-

Me and si diaa :) #ILYIH

K.A.M.I.M.A.K.A.N.A.N.G.I.N

Gila posing..haha!


kami memang chumell :P


berGwiyomi bersama K.A.M.I. :)


Ini Gambar sewaktu Dinner Eon pula.. Tema untuk dinner kami ialah "RETRO KLASIK" (:
Enjoy it!! :D


Kami bersama Jay Jay's Wife.. Cun kann?? :D

umi With Cat Eyes.. Haha
bersama Abang Zamani ;)

 K.A.M.I.R.O.C.K.E.R.S.... :D



Si diaa dan Abg Zamani..^_~


Adik2 junior :D haha







Barisan Backup vocal bersama kak NOra :)
Ini pula Kami di Konsert Gemilang UUM 2013 
:)
Bv's dgn Encik Lokman IB :)

bersama Kak Adira.. putih gilaa dia..:)

Malam Konsert Gemilang :D


with si diaaa :)


So, ini adalah antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang semester 4.. Ada lagi sebenarnya tapi gambar takde. hehe.. Memang jana banyak pengalamanlah sepanjang sem 4 nie.seronok gila "STUDENT LIFE"..hihi..sekarang ni hanya enjoy waktu cuti.. tapi nak cakap enjoy idak jugak sebab cuti nilah nak cari duit lebih..yelahhh, kan dah nak raya.. :D So, before akhiri entry kali ni, Saya nk ucapkan "Selamat berpuasa" kepada semua umat Islam serata Dunia.. "Pose jangan x pose!!!" hahaha.. Xoxoxoxoxoxoxoxooxoxoxoxxooxooxxooxoxooxoxoxooxoxoooo~ Peace yooo!







Saturday, May 4, 2013

Sipnopsis novel ciptaan sendiri.. JUst Sharing:)


Cinta itu mudah datang dan pergi. Begitulah kisah yang harus dilalui oleh gadis bernama Amylea Dania. Cinta pertama yang dapat mencuri hatinya hanyalah untuk sementara. Cinta daripada seorang lelaki bernama Joffree Mujahid hanyalah untuk menyerikan hidupnya yang sepi setelah di tinggalkan kekasih hatinya Ilya Nabila. Ilya Nabila merupakan seorang gadis yang materialistik, angkuh dan kaki lelaki. Setelah Ilya Nabila kembali semula dalam hidup Mujahid, dia menghina dan memalukan Amylea Dania. Amylea sangat kecewa, lalu membawa dirinya ke luar Negara.
            
          Beberapa tahun selepas Amylea Dania membawa dirinya melanjutkan pelajaran ke luar Negara, terjadi sesuatu kepadanya dan waktu itulah Tengku Ashraff Iqram muncul dalam hidupnya. Tengku Ashraff Iqram merupakan anak jutawan telah jatuh cinta kepada Amylea Dania sewaktu cuba menolongnya dan Tengku Ashraff berusaha untuk memenangi hati si Gadis.Dalam waktu yang sama, kekasih lama Tengku ashraf, Linda Natasya, anak kepada Datuk Hasyim iaitu kawan rapat kepada ayah Tengku Ashraff ingin kembali semula kepadanya tetapi pada masa itu Tengku Ashrraff telah pun menikahi Amylea Dania.
          
          Setelah bergelar isteri kepada seorang anak Jutawan, Amylea Dania kini di uji dengan bermacam-macam dugaan. Kehadiran kembali Mujahid Salleh dan Linda Natasya menguji keteguhan rumahtangga yang baru sahaja mereka dirikan. Apakah yang akan terjadi kepada Amylea Dania setelah mendapat tahu akan kebenaran tentang Linda Natasya yang selama ini disembunyikan oleh Tengku Ashraff?? Adakah Mujahid akan cuba untuk merampas kembali Amylea Dania? Siapakah yang menjadi pilihan hati Tengku Ashraff? Semuanya bakal terjawab diakhir novel ini...

Tuesday, March 12, 2013

Luahan Hati~

Dia..
Mencintai dia adalah satu anugerah terindah dalam hidupku..
 Terimbau kembali saat bagaimana kami bertemu..
Ketika itu, dia dan aku tidak lagi bertegur sapa..
Hanya senyuman yang mampu ku ukirkan..

Dia..
Senyumannya membuatkan hatiku berbunga-bunga..
Dikala dia merenung mataku, hatiku berdebar-debar..
Alangkah bahagianya aku ketika itu..
Membuatku rasa seperti berada di awangan..

Dia..
Pernah berkata "Aku lebih rela melihat dirimu mati dulu sebelumku kerana aku tidak sanggup membiarkanmu keseorangan"
Dia berkata lagi "Aku akan mati selepasmu kerana aku tidak sanggup untuk hidup tanpa dirimu"
Tersentuhnya hatiku ketika dia mengungkapkan kata-kata itu..
Ku hanya mampu memberikan senyuman yang paling manis kepadanya..

Ya Allah..
Ku mohon padamu agar kau jodohkan aku dengan dia..
Janganlah kau pisahkan kami..
Aku sangat menyayangi dirinya..
Semoga kami tetap bersama sehingga ke akhir hayat..
Amin..