Saturday, May 4, 2013

Sipnopsis novel ciptaan sendiri.. JUst Sharing:)


Cinta itu mudah datang dan pergi. Begitulah kisah yang harus dilalui oleh gadis bernama Amylea Dania. Cinta pertama yang dapat mencuri hatinya hanyalah untuk sementara. Cinta daripada seorang lelaki bernama Joffree Mujahid hanyalah untuk menyerikan hidupnya yang sepi setelah di tinggalkan kekasih hatinya Ilya Nabila. Ilya Nabila merupakan seorang gadis yang materialistik, angkuh dan kaki lelaki. Setelah Ilya Nabila kembali semula dalam hidup Mujahid, dia menghina dan memalukan Amylea Dania. Amylea sangat kecewa, lalu membawa dirinya ke luar Negara.
            
          Beberapa tahun selepas Amylea Dania membawa dirinya melanjutkan pelajaran ke luar Negara, terjadi sesuatu kepadanya dan waktu itulah Tengku Ashraff Iqram muncul dalam hidupnya. Tengku Ashraff Iqram merupakan anak jutawan telah jatuh cinta kepada Amylea Dania sewaktu cuba menolongnya dan Tengku Ashraff berusaha untuk memenangi hati si Gadis.Dalam waktu yang sama, kekasih lama Tengku ashraf, Linda Natasya, anak kepada Datuk Hasyim iaitu kawan rapat kepada ayah Tengku Ashraff ingin kembali semula kepadanya tetapi pada masa itu Tengku Ashrraff telah pun menikahi Amylea Dania.
          
          Setelah bergelar isteri kepada seorang anak Jutawan, Amylea Dania kini di uji dengan bermacam-macam dugaan. Kehadiran kembali Mujahid Salleh dan Linda Natasya menguji keteguhan rumahtangga yang baru sahaja mereka dirikan. Apakah yang akan terjadi kepada Amylea Dania setelah mendapat tahu akan kebenaran tentang Linda Natasya yang selama ini disembunyikan oleh Tengku Ashraff?? Adakah Mujahid akan cuba untuk merampas kembali Amylea Dania? Siapakah yang menjadi pilihan hati Tengku Ashraff? Semuanya bakal terjawab diakhir novel ini...