Friday, February 7, 2014

What my heart says..



Lagi seminggu je nak balik dah UUM.. Tetibe hati nie berat dan tak nak balik dah.. umhhhh..Rasa kosong pon ada.. Kenapa tetiba rasa camtuh? umhhhh, hanya aku je yang tahu.. Kehidupan kita nie kan ibarat roda yang berpusing.. sekejap kita berada di atas dan sekejap di bawah.. ada masa kita gembira.. ada masa kita bersedih.. ada masa kita kecewa.. ada masa kita berjaya.. ada masa kita senang dan ada masa kita susah.. Aku dah merasa pun semua tuh...pasti ramai antara kita yang bersedih sekarang tanpa kita tahu.. it goes to me.. yeah, im sad right now.. very very sad.. maybe sebab aku nie terlampau fikir sngat kot..Biasalah, perempuan kan? kita nie perempuan dikurniakan hati yang sangat lembut dan sensitif.. Sebab itulah kita nie berbeza dengan lelaki.. 

Apa yang aku fikirkan sebenarnya? Aku pun buntu.. Sebenarnya hal yang menghantui aku nie taklah besar mana.. tetiba aku jadi benci pulak dengan sistem UUM nie.. kenapa jadi macam tu??! jauhh dari aku.. kenapa kau tarik dia jauh dari aku? ye, aku sedih skang nie.. semalaman aku berfikir.. layan sedih sorang-sorang.. lepaskan rasa sedih melalui status.. tu yang mampu aku buat sebab aku tak mahu dia tahu aku sedih.. nnti die sedih jugak.. Aku cuba sedaya upaya untuk bantu dia.. tapi siapa aku nak menghalang keputusan dia? dia mintak masa untuk berfikir.. aku beri.. aku xsanggup nak halang apa yang dia mahu.. sbb aku sayang dia.. apapun keputusan yang dia buat, aku hormat.. 

I dont want anythng else but just one thing, "PLEASE STAY" :'( .. if i have to sacrifice anything to help u, to fight for u, i WILL.. i dont care if i have to go to office to settle up for u.. i dont care .. as long as u still there.. :'( 

truely from me,
fateen :'(

Friday, January 24, 2014

I know U miss Him right now :')

Assalamualaikum semua..

Hai korang-korang.. Nampaknye kali nie terasa nak update blog pulak.. Yelahh,time ada kat rumah nielah baru dapat nk update blog kan? Tulah yang aku sangat-sangat suka bila dapat CUTI! huhu..Arini dah pun masuk 24 Januari 2014.. pejam celik pejam celik kita dah pun dekat dengan bulan Februari..kejap je kan? Jadi, berbalik kepada tarikh arini iaitu 24 Januari sebenarnya ada something yang berlaku dalam hidup seseorang yang aku sayang.. Pada tarikh ini iaitu Setahun yang lepas , 'DIA' telah kehilangan arwah papa nya..Aku sangat-sangat kesian dengan dia.. Aku masih lagi boleh ingat apa yang berlaku masa tu.. So, inilah yang aku nak share untuk entry kali ni.. Dalam entry sebelum nie, aku tak pernah pun sebut pasal papa,mama atau keluarga dia.. Pertama kali aku kenal dia, memang papa dia sakit.. aku pernah melawat papa dia kat hospital sebelum papa dia sakit teruk.. Dan aku tak sangka yang aku hanya kenal papa dia sekejap saja.. Belum sempat lagi aku berkenalan dengan lebih rapat.. Tapi apakan daya, dah di takdirkan Allah, papa dia pergi juga menghadap ilahi pada 24 Januari 2013 ketika subuh.. 

Sampai sekarang aku masih lagi ingat apa yang berlaku.. Pada malam sebelum papa dia meninggal dunia, aku terasa berat hati dan susah nak tido.. Aku pun tak tahu kenapa.. Terasa macam ada benda nak jadi.. Dia cakap ngan aku yang dia tak jaga papa dia malam tuh sebab abang-abang dan kakak-kakak dia balik rumah sebab time tuh cuti sambut maulidur rasul.. Dia pun cakap ngan aku yang dia nak tido dulu.. Jadi, aku biarkan dia tido dulu.. sambil-sambil tuh aku pun cuba untuk lelapkan mata nie.. dah golek sana sini masih lagi tak boleh tido sehinggalahh sebelum aku dapat panggilan telefon daripada dia iaitu pada subuh tuh.. Bila aku dengar je suara die, aku dah dapat agak apa yang berlaku.. Ayat pertama yang dia cakap kat aku masih lagi terngiang-ngiang kat telinga nie.. "awak,papa dah takde". Ya Allah, aku tergamam sekejap.. Betapa kuatnya dugaan yang kau beri pada dia sekeluarga.. Walaupun papa dia bukan papa aku, tapi aku turut rasa simpati atas kehilangan itu.. Walaupun aku xsempat berkenalan lebih rapat, aku tetap berasa sedih.. Aku terus kejut mama dan ayah aku dan beritahu diorg apa yang terjadi.. Tanpa fikir panjang, aku mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk menziarah..Aku mengambil kawan-kawan aku terlebih dahulu dan terus pergi ke rumah dia.. Nasib baiklah dia pernah tnjukkan aku rumah dia.. jadi taklah sush mana nk pergi ke sana.. 

Sewaktu aku sampai kat sana,aku terus tuju ke surau.. Time kat dalam surau tu, aku berasa sngat sebak lebih-lebih lagi bila aku tengok muka dia time dia cium arwah papa buat kali terakhir.. Ya Allah, Sebak hati aku melihat dia menangis.. Dan selepas itu, kami terus ke Tanah perkuburan untuk pengebumian.. Aku tahu dia sedih, tapi aku hnya mampu memberikan dia kata-kata semangat.. Aku selalu ada saat dia perlukan someone utk dia share cerita..Aku faham keadaan dia.. Dia masih muda untuk merasai kehilangan nie.. tapi da itu takdirnya..Kita hanya mampu berserah dan REDHA.. Aku jugak ada ayah.. aku tahu betapa sakitnya atau peritnya bila kita kehilangan seseorang yang dah membesarkan dan menjaga kita dari kecik.. 

Tadi sebelum dia tido, dia ada beritahu aku yang arini dah setahun papa meninggal.. aku tahu saat ini dia teringat kan papa.. dia rindukan papa..Aku tahu dia sedih.. aku tahu sume itu.. Sebab aku dah semakin mengenali dia.. memahami dia.. Hanya sabar yang mampu aku cakap.. setiap apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.. Allah lebih menyayangi papa.. Aku tahu dia kuat.. Dia mampu tangani ujian besar yang Allah trunkan nie.. Dan aku akan selalu berada dengan dia tak kira susah atau senang.. Walaupun aku mungkin tak dapat buat apa-apa, tapi aku akan selalu menjadi pendengar dan peneman dia yang setia..Dan aku berharap semoga aku akan menjadi pendengar dan peneman dia yang setia sehingga bila-bila.. Amin..
 Insyaallah :)

*kepada awk sayang, entry nie saya buat untuk awk.. I know u're strong sayang :') Always make papa proud of u even if he's not here with u.. Im sure he'll proud of u from up there :')*

-faten-



Wednesday, January 22, 2014

My Unintended :)

Assalamualaikum semua..

Alhamdullillah dah masuk pun tahun baru 2014.. Dan tahun nie aku dah pun masuk 22 tahun.. errr.. what?? 22 ke? mak aihhh! cepatnye masa berlalu.. rasa macam baru je semalam aku sambut birthday yang ke 19 tahun..huhu.. Apapun sempena tahun baru, walaupun agak lambat, aku nk cakap "happy new year korang!".. So, bila da masuk tahun baru nie semestinya ada tanam azam baru untuk diri.. just like me, oppkoss ada tanam azam baru.. hope sangat azam tuh dapat dibuat.. kalau tak, nmpknye simpan jelah ke tahun depan pulakk.. haha.. Bila da masuk tahun baru nie, banyak benda yang berlaku sebenarnya.. iyalah, kita niekan manusia biasa.. sudah semestinya kalau bertambah tahun, makin meningkat usia.. dari segi masa pulak, lagi cepat masa bergerak..dari segi persahabatan, makin lama makin banyak kawan kita kenal. dari segi perhubungan@percintaan pulak, sesetengah tuh makin lama makin bertambah kuat tapi ada juga yang makin suram..Ada pulak sesetengah tuh hubungannya sekejap kuat, sekejap suram,sekejap bahagia,sekejap menyepi.. Itulah lumrah percintaan..Dalam percintaan mesti ada pasang surutnya bak kata oranglah.. Itulah yang sedang aku lalui..

 Bila dekat bahagia,bila jauh rindu pulak.. kadang-kadang tuh bila dekat asyik nak gaaaduh je kerjanyee..haha..lucu pun ada bila teringat balik.. mana tak nye, benda kecik pun boleh jadi besar.. huhu.. tapi apapun, dari sinilah aku banyak belajar untuk bersabar.. bersabar sebab aku sayang.. lagi satu, kita nie kan perempuan.. perempuan nie kan penuh emosi lagi-lagi kalau berkaitan dengan someone yang dia betul-betul sayang.. Kadang-kadangkan cara perempuan care tu,maybe agak terlebihlah.. Bak kata orang, perempuan nie kalau care,semua terlebih.. "terlebih JAGA, terlebih FIKIR, terlebih TELITI, terlebih CEMAS, terlebih CEMBURU, terlebih MARAH, terlebih PENDAM, terlebih MEMBEBEL, terlebih RAGU-RAGU,terlebih MANJA,terlebih MENANGIS dan bnyak lagi yang terlebihlahhh.. Inilah yang sesetengah lelaki susah nak faham..huhu.. Sebabkan benda cmnilah yang akan buat diorang rasa RIMAS.. padahal kita nie cuma nak yang terbaik untuk diorang.. mungkin mereka tak sedar kot tentang kesungguhan kita dalam mempertahankan sesuatu hubungan tu.. So, if korang-korang(lelaki kat luar sana) ada pasangan yang betul-betul caring pasal korang dari A-Z, jnganlah korang ignore diorang.. Sebab kita niekan manusia biasa, sering melakukan kesilapan tanpa kita sedar.. bukan apa takot da hilang nnti, baru menyesal.. haaaaa, time tuh menyesal pun tak guna.. sebab hati perempuan nie lmbut pada permulaan, tapi bila dah hujung-hujung tuh keras cam batu.. huhu.. 

Semakin lama dalam sesuatu perhubungan itu, pastinya banyak halangan dan dugaan yang akan kita hadapi.. biasalah tu.. Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita, kekuatan kita, kesetiaan kita dalam sesuatu perhubungan itu.. Sejauh mana pun kita merancang, kalau dah memang tiada jodoh, kita harus terima dengan hati yang REDHA..Jika kita dapat merentasi halangan dan dugaan yang diberi, dari situlah kita belajar untuk menghargai sesuatu yang kita miliki..Dalam setiap perhubungan itu, mesti wujudkan kepercayaan.. kerana kalau sesuatu hubungan itu dibina tanpa kepercayaan, sia-sia sajalah kita mempertahankannya.Tetapi dalam percaya-percaya pun, kita kena selitkan sedikit keraguan sebab jika berlaku apa-apa kita tidaklah jatuh teruk sehingga terduduk ketika menghadapinya(perumpamaannye lah).. 

Berbalik kepada cerita aku, aku bahagia dengan dia.. aku tak pernah se-Happy nie.. Iya, dulu aku pernah disakiti, ditipu.. tapi yang berlalu, biarlah berlalu.. apa yang penting sekarang, aku kena hargai apa yang aku miliki sekarang.. All my family members already know about him.. And Im so happy because my parents LIKES him so much.. Alhamdullillah.. :) ummmm,lately nie kitorang macam banyak lack of communicate with each other.. dia slalu dengan GAME dan aku dengan FAMILY.. tapi aku xmarah pun bila die ber-GAME sebab da itu yang dia minat dan suka.. sama seperti aku, dia tak pernah pun menghalang minat aku dalam bidang nyanyian.. malah dia turut menyokong aku dari belakang.. kitorang complete each other..sebab sekali aku terima dia dalam hidup aku, bermakna aku terima segalanya mengenai dia.. same goes to him.. makin lama aku makin sayang dengan hubungan ni.. sebalik tu, timbullah jugak perasaan takot hilang dia.. makin sayang, makin aku takut hilang dia..tapi aku gagahkan jugak diri ni dan yakin dengan DIA :) Insyaallh, kalau ada jodoh tak kemanakan ..Dan berharap kisah cinta aku dan dia takkan lupus.. Insyaallah,amin :) #ILYIH

Okaylah korang, setakat nie jelah hasil nurkilan aku.. haha.. 

"you could be my unintended, choice to live my life extended, you could be the one I'll always LOVE" -for u- <3