Cinta itu mudah datang dan pergi. Begitulah kisah yang harus
dilalui oleh gadis bernama Amylea Dania. Cinta pertama yang dapat mencuri
hatinya hanyalah untuk sementara. Cinta daripada seorang lelaki bernama Joffree
Mujahid hanyalah untuk menyerikan hidupnya yang sepi setelah di tinggalkan
kekasih hatinya Ilya Nabila. Ilya Nabila merupakan seorang gadis yang
materialistik, angkuh dan kaki lelaki. Setelah Ilya Nabila kembali semula dalam
hidup Mujahid, dia menghina dan memalukan Amylea Dania. Amylea sangat kecewa,
lalu membawa dirinya ke luar Negara.
Beberapa
tahun selepas Amylea Dania membawa dirinya melanjutkan pelajaran ke luar
Negara, terjadi sesuatu kepadanya dan waktu itulah Tengku Ashraff Iqram muncul
dalam hidupnya. Tengku Ashraff Iqram merupakan anak jutawan telah jatuh cinta
kepada Amylea Dania sewaktu cuba menolongnya dan Tengku Ashraff berusaha untuk
memenangi hati si Gadis.Dalam waktu yang sama, kekasih lama Tengku ashraf,
Linda Natasya, anak kepada Datuk Hasyim iaitu kawan rapat kepada ayah Tengku
Ashraff ingin kembali semula kepadanya tetapi pada masa itu Tengku Ashrraff
telah pun menikahi Amylea Dania.
Setelah
bergelar isteri kepada seorang anak Jutawan, Amylea Dania kini di uji dengan
bermacam-macam dugaan. Kehadiran kembali Mujahid Salleh dan Linda Natasya
menguji keteguhan rumahtangga yang baru sahaja mereka dirikan. Apakah yang akan
terjadi kepada Amylea Dania setelah mendapat tahu akan kebenaran tentang Linda
Natasya yang selama ini disembunyikan oleh Tengku Ashraff?? Adakah Mujahid akan
cuba untuk merampas kembali Amylea Dania? Siapakah yang menjadi pilihan hati
Tengku Ashraff? Semuanya bakal terjawab diakhir novel ini...
No comments:
Post a Comment